Monday 15 September 2014

#sweetenoughchallenge Day 1

Ceritanya minggu lepas saya menerima cabaran Master Puteri untuk join #sweetenoughchallenge iaitu #14daysnosugarchallenge di Facebook group Puteri & Friends (PAF). 

Syarat-syaratnya ialah:

1. Tiada pengambilan sebarang jenis gula termasuk gula tiruan dan susu pekat manis dalam makanan dan minuman selama 14 hari dari 15 September hingga 28 September 2014. 

2. Boleh dapatkan gula dari sumber asli iaitu buah-buahan dan madu. Kalau termakan gula, takpe, teruskan je cabaran sebab kadang-kadang memang susah nak elak gula dalam makanan harian kita. Tapi paling tidak kita dah cuba kurangkan pengambilan gula.

3. Yang paling penting, challenge ini taklah sampai jadikan anda depressed atau jatuh sakit. Kenali sumber gula yang paling menjadi kelemahan anda. Macam saya paling suka desserts jadi mungkin saya boleh fokus untuk kurangkan atau tidak makan langsung desserts itu dulu.

Mula-mula tu macam reluctant jugak. Tahap gula saya pun taklah tinggi. Last checked 4.9. Tapi memandangkan saya memang perlu turunkan berat badan kehidupan yang lebih sihat, seorang sweet tooth (mama selalu cakap saya suka sangat makan benda manis macam abah dan abah pernah dikesan dibaetes) yang hebat dan exercise pula amatlah sukar untuk saya sekarang (alasan!), jadi saya fikir ini satu permulaan yang amat baik. So I'm in!!


Ok. Jadi berikut hari pertama #14daysnosugarchallenge saya: 

Pepagi buka mata telan alfalfa dan vitamin C. Pastu minum air kosong. 

Breakfast bihun, buah dukong (kebetulan kakak bawak dari kampung) dan air kosong.

Pukul 10am rasa macam lapar sikit cepat-cepat bancuh ESP+Meal Shakes supaya tak kebulur time lunch nanti. Dua-dua ni juga low Glysemic Index (GI). Maksudnya, kedua-dua ESP dan Meal Shakes tak meninggikan kandungan gula dalam badanMemang berkesan! Perut tak mengaum sementara tunggu lunch.

Lunch pukul 12pm makan ikan pari masak asam pedas di kedai (probably ada added sugar hurmm) tapi nasi makan secubit je so kurang gula di situ (nasi kan ada gula juga). Bangga gilaaa berjaya tahan nafsu beli kuih cara (seperti gambar di bawah) kegemaran!

Terliur taaaaakkk??


Balik rumah snack on Jambu Batu (kebetulan kakak bawak dari kampung juga. oh sungguh bertuah haritu) dan almonds. Berjaya tahan nafsu lagi daripada makan kek lapis sarawak Oreo yang mak mentua belikan minggu lepas. Nasib baik dah merasa weekend baru ni hehe.

Malam ni plan nak masak ayam bakar dan kukus sayur brocolli dan lobak merah. 

Ok tak my first day of #sweetenoughchallenge? Hihi

P/s: Sila follow IG sweet_enough_challenge untuk menyertai cabaran ini dan keterangan lanjut.


Sumaiyah | 012-7428446
sumaiyahag@gmail.com
IG: sumaiyahag
Twitter: sumaiyahag

No comments:

Post a Comment